Saturday, October 10, 2009

Senyumlah Sahabiah ku

Senyumlah sahabiahku
Senyumlah walau hatimu di sakiti
Kerna walau mereka mentertawakan kamu
Memaki herdikmu
Memandangmu hina kerana khilafmu
Dengan izinNYA, aku akan sentiasa beusaha untuk berada disisimu
Dalam sihat dan sakitmu,
Dalam tawa dan dalam sendamu
Dan dalam suka dan dukamu
Kerna ku percaya
Ujian yang kau hadapi bukan sahaja untuk menguji kekuatan imanmu
Namun juga satu ujian buat menguji utuhnya ukhwah yang kita bina keranaNYA
Menguji ketulusan kita untuk saling membimbing menuju redha dan kasihNYA


Sahabatku muslimah solehah
Ujian ini sesungguhnya mehnah dunia bagi mengingatkan kita padaNYA
Wanita itu permainan syaitan buat manusia
Bagi memenuhi janji mereka pada Sang Pencipta
Untuk menyesat kan setiap hamba NYA

Namun buat muslimah solehah
Ujian itu bukan untuk di tangisi dan bukan untuk di kesali
Tetapi untuk di renungi dan di jadikan paradigma
Buat kita membina benteng iman dan taqwa yang tegar
Sebagai persiapan untuk sama menuju ke destinasi cinta utama

Temanku cermin diriku
Izinkan ku sentiasa di sini
Teguh berdiri di sisi mu
Membina kekuatan bersama mu
Ujian ini kita terima sebagai tarbiyyahNYA
Sebagai pengajaran buat kita dan buat muslimah lainnya

Ayuh kita bina kekuatan itu
Berusaha biar taubat ini di terima oleh NYA
Walau di lihat hina di mata manusia
Kerna itu mungkin kafarah kepada baki dosa kita
Dan semoga ada ganjaran atas kesabaran kita
Dan semoga kita peroleh hikmah berkat redha kita akan ujianNYA

Sahabat ku buah hatiku
Izinkan ku bersama mu sehabis mampu ku
Kerna saat ini kau memerlukan ku
Kelak mungkin kan tiba suatu ujian yang lebih hebat buatku
Dan kala masa itu tiba
Itulah masa diri ku memerlukan diri mu
Itulah masa diri mu perlu di sisi bersama ku
Kerana aku tidak mahu hanya menjadi sahabat mu ketika indah dirimu dihiasi iman
Aku mahu juga kita saling membimbing tika hebat badai ujian
Kerana itu nilai sebenar sebuah persahabatan
Dan ukhwah yang kita bina kerana Tuhan

Senyumlah sahabatku
Kerna senyuman mu bisa menyejukkan hati ku
Membawa keceriaan pada hari-hariku
Dan mengingati ku bahawa bertapa sayangnya daku pada ukhwah ini
kerana sayang dan kasihku padaNYA


Mujamma' Assyai'idah Asiah
Gombak

No comments:

Post a Comment