Saturday, October 10, 2009

Memeluk Mardhatillah

Kenapa,
terkadang hanya mahu meluahkan,
namun,
malu dengan pandang insan

Entah,
kadang mahu terus simpankan,
namun,
terasa mahu memanfaatkan

Kata orang,
jangan dengar kata orang,
Kata hati,
dengarkan tetapi jangan disimpan,
buat mengambil pengajaran

Sungguh,
islam itu tidak membebankan,
manualnya untuk insan,
membimbing jiwa menuju keikhlasan
Hati manusia,
Siapakan tahu hitam pekatnya,
Biar terzahir putih sucinya,
Namun rahsia kemas dalam dakapan ALLAH Az Zawajalla

Kawan,
bukan semua mahu diri luahkan
cuma harapan mampu memberi pengajaran
dalam menghidup syariat Tuhan

Tanpa harapan,
tiada gerakan,
tanpa suara
seakan kosongnya jiwa

Mencoret, terus jua mencatat
Memahami bahasa ALLAH Al Wadud
Dari bentangan alamNya

Menari tinta meluah rasa
tiada lain buat mendaki tangga redhaNya
Moga segalanya dipersembah buat ALLAH Al Malik

Dengan sedikit kefakiran
Moga ikhlas mampu memeluk jiwa hamba
Mendakap mardhatillah


Mujamma' Assyai'idah Halimatus Sa'adiah
Gombak

No comments:

Post a Comment