Saturday, October 10, 2009

Memeluk Mardhatillah

Kenapa,
terkadang hanya mahu meluahkan,
namun,
malu dengan pandang insan

Entah,
kadang mahu terus simpankan,
namun,
terasa mahu memanfaatkan

Kata orang,
jangan dengar kata orang,
Kata hati,
dengarkan tetapi jangan disimpan,
buat mengambil pengajaran

Sungguh,
islam itu tidak membebankan,
manualnya untuk insan,
membimbing jiwa menuju keikhlasan
Hati manusia,
Siapakan tahu hitam pekatnya,
Biar terzahir putih sucinya,
Namun rahsia kemas dalam dakapan ALLAH Az Zawajalla

Kawan,
bukan semua mahu diri luahkan
cuma harapan mampu memberi pengajaran
dalam menghidup syariat Tuhan

Tanpa harapan,
tiada gerakan,
tanpa suara
seakan kosongnya jiwa

Mencoret, terus jua mencatat
Memahami bahasa ALLAH Al Wadud
Dari bentangan alamNya

Menari tinta meluah rasa
tiada lain buat mendaki tangga redhaNya
Moga segalanya dipersembah buat ALLAH Al Malik

Dengan sedikit kefakiran
Moga ikhlas mampu memeluk jiwa hamba
Mendakap mardhatillah


Mujamma' Assyai'idah Halimatus Sa'adiah
Gombak

Senyumlah Sahabiah ku

Senyumlah sahabiahku
Senyumlah walau hatimu di sakiti
Kerna walau mereka mentertawakan kamu
Memaki herdikmu
Memandangmu hina kerana khilafmu
Dengan izinNYA, aku akan sentiasa beusaha untuk berada disisimu
Dalam sihat dan sakitmu,
Dalam tawa dan dalam sendamu
Dan dalam suka dan dukamu
Kerna ku percaya
Ujian yang kau hadapi bukan sahaja untuk menguji kekuatan imanmu
Namun juga satu ujian buat menguji utuhnya ukhwah yang kita bina keranaNYA
Menguji ketulusan kita untuk saling membimbing menuju redha dan kasihNYA


Sahabatku muslimah solehah
Ujian ini sesungguhnya mehnah dunia bagi mengingatkan kita padaNYA
Wanita itu permainan syaitan buat manusia
Bagi memenuhi janji mereka pada Sang Pencipta
Untuk menyesat kan setiap hamba NYA

Namun buat muslimah solehah
Ujian itu bukan untuk di tangisi dan bukan untuk di kesali
Tetapi untuk di renungi dan di jadikan paradigma
Buat kita membina benteng iman dan taqwa yang tegar
Sebagai persiapan untuk sama menuju ke destinasi cinta utama

Temanku cermin diriku
Izinkan ku sentiasa di sini
Teguh berdiri di sisi mu
Membina kekuatan bersama mu
Ujian ini kita terima sebagai tarbiyyahNYA
Sebagai pengajaran buat kita dan buat muslimah lainnya

Ayuh kita bina kekuatan itu
Berusaha biar taubat ini di terima oleh NYA
Walau di lihat hina di mata manusia
Kerna itu mungkin kafarah kepada baki dosa kita
Dan semoga ada ganjaran atas kesabaran kita
Dan semoga kita peroleh hikmah berkat redha kita akan ujianNYA

Sahabat ku buah hatiku
Izinkan ku bersama mu sehabis mampu ku
Kerna saat ini kau memerlukan ku
Kelak mungkin kan tiba suatu ujian yang lebih hebat buatku
Dan kala masa itu tiba
Itulah masa diri ku memerlukan diri mu
Itulah masa diri mu perlu di sisi bersama ku
Kerana aku tidak mahu hanya menjadi sahabat mu ketika indah dirimu dihiasi iman
Aku mahu juga kita saling membimbing tika hebat badai ujian
Kerana itu nilai sebenar sebuah persahabatan
Dan ukhwah yang kita bina kerana Tuhan

Senyumlah sahabatku
Kerna senyuman mu bisa menyejukkan hati ku
Membawa keceriaan pada hari-hariku
Dan mengingati ku bahawa bertapa sayangnya daku pada ukhwah ini
kerana sayang dan kasihku padaNYA


Mujamma' Assyai'idah Asiah
Gombak

Terminal 1

Bismillah ar Rahman ar Rahim,

Terjenguk-jenguk di gerabak
Tiketnya ada banyak
gayanya seperti pusat lambakan
Hanya mahu atau tidak
beli atau berkira-kira

Ramai yang masih berfikir
kata saya; 'Beli sahaja terus'
Bayar, lafaz akad dan terus sambar
Siapa yang masih menanti
jangan terkaku lewat
Kerana gerabak ini tidak menunggu manusia

Jangan nanti ketinggalan
maka ketawa lah sang iblis kerana terleka
Kamu menanti itu pujuk iblis
Mainan jiwa supaya merasa nanti-nanti

Jom! mahu ikut sekalian manusia yang berlumba
menaiki gerabak bulan mulia? silakan ya
Jangan lupa bungkus segala kelengkapan
Persiapan buat menyinggah-nyinggah di terminal lain nanti

Mata saya sudah berkedip
kata orang; ada orang mahu datang dengan hajat besar, baik!
Saya tidak percaya sepenuhnya kata orang
Saya percaya kataNya, dan janjiNya

Yang dijanjikan itu sudah tiba tercipta sedari dulu untuk kita
Ayuh ke gerabak
banyak lagi tempat kosong
tinggalkan kawan nafsu nafsi
biar syaitan tergolek seorang diri

di ambil gerabak
terminal 1
Buat-buat sibuk
Nak ikut? Mari


Jumaat; Sayyidul Ayyam
26 Jun 2009; Rejab 1430H
Mujamma' Assyai'idah Halimatus Sa'adiah
Gombak

Lakaran Alam Minda Muslimah

Dahulu itu kembara ku bermula
Dalam jiwa membawa rasa
Menggamit bersama manusia sekelilingnya
kini entah di mana destinasinya
yang pasti penghujung itu di depan mata
lalu tersedar hamba
setiap baris pasti ada titiknya
setiap yang telah bermula pasti ada akhirnya

Dan di sini
perjalanan ini terpaksa hamba akhiri
namun yang pasti
pengakhiran ini membawa satu dimensi
Ruang baru untuk hamba berdiri
Belajar dari ceritera ALAM dan bumi
Sebuah kembara mengenal erti dan fungsi diri
Catatan Hamba di bumi ILAHI
Buat Menuju ke destinasi abadi

Khamis
13 November 2008
Mujamma' Assyai'idah Asiah
Gombak

p/s: Tinta terhasil untuk memberitahu secara lembut kepada pembaca nahwannur.blogspot.com bahawa saat itu saya sudah berpindah penulisan aktif ke lelaman, nahwannur.hadithuna.com

Kerana akulah aku

Akulah aku,
Pelayaran hidupku di samping teman,
Adakalanya tertawa adakalanya terluka,
Mengundang gembira terkadang mencipta cerita duka,
Terkadang terlalu menginginkan kebersamaan,
Kadangkala mahu saja ku tinggalkan,
Namun realitinya itulah kehidupan,
Jika mahu sendirian lalu akan ku lari seketika,
Lalu pulang kerana realitinya aku perlu berteman

53:32

Oh Aku,
Siapa gerangannya aku yang sebenarnya,
Sehingga selalu menginginkan sesuatu dari temanku,
Siapakah Aku yang bersih lagaknya,
Sehingga menginginkan teman yang sempurna,
Yang memuaskan tanpa secalit cela,
Cukup Gasp
Cukuplah andai diriku bijak menilai kelemahan,
Namun janganlah diri ku dambakan kejernihan,
Kerana diri ku turut keruh dengan kekotoran,
Ketahuilah yang maha suci itu Sang Pencipta,
Lalu DIAlah yang berhak memiliki segala kebaikan

4:94

Aduhai anehnya diri Aku,
Aku mendabik atas secebis cahaya yang menyinar,
Namun aku terus mencela saat ia sirna,
Aku sangat terluka dengan duri yang menusuk,
Lalu aku lupakan embun yang pernah menitis menyejuk tubuhku,
Lantas terlupa hakikat dunia ini lahirnya berpasangan,
Yang ku dambakan siangnya tanpa mahukan malamnya,
Yang ku agungkan sinarnya tanpa ku raikan kelamnya,
Aku terima surutnya namun ku tolak pasangnya,
Namun peliknya atas setiap pasangan itu aku lupa,
Ada nya kehidupan itu ada atas ada bawahnya

5:67

Akulah aku,
Yang langkahku perlu di iringi teman,
Realitinya makhluk itu ribuan gerangannya,
Pantas setiapnya punya pasang dan surut,
Namun lahirnya hanya atas suatu kepastian,
Cahaya yang satu,
Lalu beriringlah,
Saat atas dan bawah itu tiba,
Maka bergiling gantilah menjadi warna ceria,
Saat temanku sirna, maka mahu ku jadi cahayanya,
Saat aku berhujan, ingin ku biarkan temanku menjadi teduhannya,
Tatkala malam menjelma,
maka sabarlah siang kerana giliran mu pasti tiba

15:85

Akulah aku,
Andai bisa aku menjadi rembulan yang bersinar di celah malam,
Tidak mahu ku menjadi si angin kencang di tanah gersang,
Akulah aku,
Yang segala kelemahan itu terzahir kerana Aku,
Yang segala pertuturan itu atas kemahuanku,
Yang segala tingkah itu tak tertahanku,
Yang bertanggungjawab menjaga jasad ini juga aku,
Yang terkadang sirna namun sama mencela kegelapan,
Menyukai merahnya warna bunga namun membenci durinya,
Akulah aku yang penuh debu kekotoran,
Lalu maafku dan redhaku atas insan bernama teman,
Dan,
Kerana Akulah aku
Lalu,
Maafkan juga diri ku ini wahai teman


Jumaat; Sayyidul Ayyam
24 Oktober 2008
Mujamma' Assyai'idah Asiah